Wakil Pemuda Bersatu Armada diperlakukan dengan layanan yang kurang menyenangkan pada majlis pelancaran jentera Pemuda BN untuk pilihanraya kecil Slim, tengah hari tadi. Menambah layanan […]. PAS kelihatan begitu bersemangat untuk menghadapi pilihanraya umum PRU sekali gus mendapatkan mandat daripada rakyat untuk menjadi kerajaan. Abdul Hadi berkata mandat berkenaan perlu diperolehi daripada rakyat untuk diberikan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kerajaan Perikatan Nasional […]. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali memberitahu Dewan Rakyat mengenai sembilan pencapaiannya sejak memegang jawatan itu pada Mac lalu.
Pencapaian tersebut disenaraikan dalam jawapan bertulis kepada Anggota Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, yang bertanya mengenai prestasi Azmin selama dua tahun menjadi Menteri Hal […]. Sekurang-kurangnya dua perkara sedang menggugat kedudukan Bersatu ketika ini. Pertama, kewujudan parti baru pimpinan Tun Mahathir Mohamad. Kedua-dua gugatan itu secara langsung dan tidak langsung turut sama menggugat kedudukan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Sejak […]. Dua hari lalu, bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said mempersoalkan tindakan Kerajaan Terengganu melantik individu tertentu memegang terlalu banyak jawatan penting dalam syarikat milik kerajaan negeri itu.
Beliau berkata, lebih mendukacitakan, individu yang mempunyai rekod tidak baik dan pernah dipecat turut dilantik memegang sehingga 13 jawatan termasuk pengerusi, ahli lembaga pengarah dan penasihat. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim baru-baru ini telah menjalani pembedahan lutut di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota. Pembedahan itu adalah berikutan kesakitan di bahagian lutut yang dideritanya sejak sekian lama.
Akibat sakit lutut itu, pergerakan dan aktivitinya banyak terjejas sejak kebelakangan ini. Ramai yang datang menziarahi bekas Ahli Parlimen Kota […]. Di Dewan Rakyat semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal undang-undang, Takiyuddin Hassan menggesa undang-undang anti lompat parti dikuatkuasakan di Pulau Pinang terlebih dahulu jika pembangkang benar-benar mahu perkara yang sama dilaksanakan di peringkat persekutuan.
Katanya, berikutan ada beberapa Adun di Pulau Pinang telah melompat parti dan undang-undang anti lompat juga sudah diluluskan […]. Fasal 1 c Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakaan bahawa semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan all citizens have the right to form associations. Bagi tujuan itu, tambah beliau, Bersatu akan meminda perlembagaannya untuk mengelak berulangnya konflik antara Pengerusi dan Presiden sebagaimana yang berlaku antara Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin sebelum ini.
Yang pasti ada pihak yang cuba sedaya upaya untuk mengeruhkan hubungan antara UMNO dan PAS dengan sengaja mengeluarkan dan menyebarkan surat palsu […].
Bagai air menderu ketika musim hujan melanda, begitulah umpamanya ahli-ahli Bersatu berduyun-duyun waktu ini meninggalkan parti itu. Daripada pimpinan di peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan — hampir setiap masa ada saja berita pengumuman mereka yang keluar parti. Daripada mulanya hanya di Selangor dan Kedah, ia sudah pun mula merebak ke Perak, Johor dan lain-lain […].
Sebaik saja Tun Mahathir Mohamad mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baru petang semalam, ternampak sudah ramai mula membuat keputusan meninggalkan Bersatu. Hati saya sangat pedih dan pilu apabila isteri saya Betty Chew ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia walaupun dia tidak ada kaitan dengan projek terowong mahupun apa-apa hal kerajaan.
Sedikit lega apabila dia telah dilepaskan daripada tahanan. Bimbang juga jika dia ditahan bermalam di lokap SPRM seperti saya semalam. Saya terpaksa menukar pakaian ke baju […]. Lim Guan Eng dalam perjalanan politiknya melalui berbagai halangan dan ujian.
Beliau pernah ditahan ISA dalam usia an dan dipenjarakan pada tahun serta beberapa kali lagi ditahan dalam pelbagai kes. Saya yakin saudara Lim Guan Eng tabah menghadapi segala bentuk ujian yang dikenakan kepada beliau dalam perjuangan politik yang beliau yakini untuk memertabatkan kedaulatan […]. Pada jam 4 petang hari ini, Tun Mahathir Mohamad akan mengadakan sidang media mengumumkan parti baru yang bakal menjadi wadah baru perjuangannya. Beliau difahamkan telah mengambil alih sebuah parti yang telah didaftarkan dan akan menukarnya kepada nama Parti Bersatu Rakyat Malaysia.
Keputusan Tun Mahathir menubuhkan parti baru bersama bekas pemimpin-pemimpin Bersatu yang dipecat adalah berikutan […]. Walaupun Menteri Luar Negeri, Hishammuddin Hussein sudah mengakui kesalahannya serta memohon maaf atas perbuatannya menghisap vape secara curi-curi ketika sesi Parlimen sedang berjalan, ia tetap suatu kesalahan serius dan amat memalukan.
Laporan terbaru menyebut beliau sudah pun dikenakan denda dan akan membayarnya. Ada beberapa sebab mengapa perbuatannya itu adalah kesalahan yang serius dan memalukan:- Pertama, […]. Ini dinamakan makan… Makan perlu untuk kita terus hidup, bukan untuk membuncitkan perut.
Makan secara biasa juga boleh dipanggil menjamu selera. Apabila makan untuk hidup, wajah mereka biasanya nampak tenang saja sambil diiringi senyum sebagai tanda kesyukuran. Ini pula dipanggil melantak… Dalam keadaan tertentu ia juga dipanggil mentekedarah.
Orang yang melantak atau mentekedarah macam ini, […]. Shahbudin Husin. Politik Semasa.